Berita

Hasan sumbang RM5,000 kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan

SEREMBAN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Sembilan.

Hasan berkata, sumbangan tersebut diberikan bagi membantu persatuan melakukan aktiviti kebajikan untuk ahlinya di seluruh Negeri Sembilan.

“Tahniah kepada persatuan kerana sentiasa mengambil berat kebajikan ahli mereka.

“Segala pandangan yang mereka suarakan, akan saya usulkan di sidang parlimen pada bulan ini,” kata Hasan.

Sumbangan tersebut diberikan di Majlis Makan Malam Amal 100 Tahun Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan.

Turut hadir, Exco Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani; Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Tuan Haji Bakri Sawir; Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam dan Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat, YB Nicole Tan Lee Koon.

Show More

Related Articles

Back to top button