Berita

Aminuddin sumbang RM30,000 kepada NS Indian Association

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Negeri Sembilan Indian Association (NSIA).

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut bagi membantu persatuan itu menjalankan aktiviti tahunan mereka.

“Persatuan tersebut telah berusia 128 tahun.

“Sekaligus menjadikan mereka persatuan paling tua di Negeri Sembilan.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka dalam menjalankan aktiviti,” kata Aminuddin.

Sumbangan tersebut telah diberikan pada Majlis Makan Malam Deepavali NS India Association 2023.

Dalam pada itu, Aminuddin turut memberikan sumbangan kewangan kepada 10 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button