Berita

Gunasekaren adakan kunjungan hormat ke atas JKM Seremban

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seremban.

Gunasekaren telah mengadakan perbincangan dengan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Fadhli Abdul Rahman berhubung kehadiran Pegawai JKM di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya bagi memudahkan proses permohonan bantuan JKM.

“Menurut Encik Mohd Fadhli, pihak JKM kini menghadapi masalah kekurangan pegawai untuk bertugas di setiap pusat khidmat.

“Namun, keperluan ini akan diusahakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pemohon terutamanya golongan B40, warga emas atau OKU dapat berurusan di Pusat Khidmat DUN masing-masing dan tidak perlu ke Pejabat JKM di Seremban 2.

“Keutamaan akan diberikan di pusat khidmat DUN yang mempunyai ramai pemohon bantuan.

“Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan demi kebajikan masyarakat,” kata Gunasekaran.

Gunasekaren berkata, sebelum ini pegawai JKM membuka kaunter permohonan dua bulan sekali tetapi perkhidmatan ini dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada PRN-15 yang berlangsung pada 12 0gos lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button