Berita

SK Puteri terima dana RM62 ribu daripada Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyumbang dana sebanyak RM62,230 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri, Seremban.

Cha berkata, sumbangan kewangan tersebut bagi menaik taraf kemudahan asas dan menjalankan aktiviti akademik sekolah.

“Saya menyerahkan RM41,580 bagi pembelian 63 set meja dan kerusi baharu di Bilik Guru dan RM10,650 bagi kos pemasangan tiga unit pendingin hawa baharu berkuasa 2.5Hp.

“Saya juga menyerahkan sumbangan kewangan RM10,000 sebagai dana PIBG,” kata Cha dalam ucapan perasmian Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri di Stadium Matrix Global International School.

Cha menyerahkan dua cek peruntukan Ahli Parlimen Rasah kepada Guru Besar SK Puteri, Puan Siti Zaleha

Turut hadir, Yang DiPertua PIBG SK Puteri, Encik Hasanol Bolkiah.

Show More

Related Articles

Back to top button