Menarik

JALALUDDIN: Masalah banjir di DUN Klawang dan DUN Chennah akan diatasi

JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias akan mengadakan satu Mesyuarat Task Force Bencana bagi mencari punca dan kaedah penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir di DUN Klawang dan DUN Chennah.

Jalaluddin berkata, Taman Pekan Baru, Kampung Chennah dan Kampung Puom telah dilanda banjir akibat hujan lebat baru-baru ini.

“Sebanyak 24 buah rumah telah terjejas di Taman Pekan Baru, dua buah rumah di Kampung Chennah dan lima buah rumah di Kampung Puom.

“Saya akan memanggil satu Mesyuarat Task Force bagi mencari punca dan kaedah penyelesaian untuk masalah ini.

“Saya berharap satu tindakan dapat diambil agar masalah ini tidak berulang kembali di masa hadapan.

“Saya juga telah memberikan sumbangan awal kecemasan kepada mangsa yang terlibat,” katanya yang juga Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi.

Show More

Related Articles

Back to top button