Berita

Setiausaha Politik MB turun padang ke DUN Palong

Taraf ekonomi dan isu gejala sosial di kalangan generasi muda antara yang dibincangkan

PALONG: Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Mokhtar Ahmad telah mengadakan satu lawatan kerja ke DUN Palong.

Mokhtar mengadakan pertemuan dengan Penyelaras Dun Palong, Tuan Rebin Birham dan beberapa pengerusi MPKK di Pejabat Penyelaras DUN Palong.

“Pertemuan ini sangat bermakna. Kita telah membincangkan pelbagai perkara termasuk aspek pembangunan infrastuktur, ekonomi dan politik Generasi Baru Felda Palong.

“Saya juga memberikan beberapa cadangan untuk meningkatkan taraf ekonomi, selain mengawal isu gejala sosial di kalangan Generasi Baru Felda Palong,” kata Mokhtar.

Mokhtar turut dibawa melawat projek tanaman cili di bawah kelolaan Pejabat Penyelaras DUN Palong.

Mokhtar ditemani Rebin turut melawat sebuah kedai di Felda Palong 4, 5 dan 6, yang sebahagian bumbung kedainya rosak akibat kejadian angin ribut .

“Kerosakan bumbung kedai Encik Salleh ingin akan dibaiki segera.

“Saya berharap agar Encik Saleh dapat meneruskan aktiviti perniagaan harian seperti sediakala,” ujar Rebin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button