Menarik

Aminuddin terima kunjungan hormat dari Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, mereka turut membincangkan teater Tanjong yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 9 hingga 11 September ini.

“Teater Tanjong yang bakal dipersembahkan ini mengetengahkan Adat Perpatih untuk tatapan para penonton.

“Majoriti pelakon dan krew terdiri daripada kalangan pelajar sekolah serta universiti.

“Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang memberikan komitmen serta fokus sehingga membolehkan teater Tanjong dipersembahkan di Istana Budaya.

“Penyertaan dalam pementasan teater ini memberikan mereka peluang untuk mengasah bakat serta membina jati diri untuk masa akan datang.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Pengasas Kelab Teater ASAR, Professor Dr.Ahmadrashidi Hassan serta delegasi atas kunjungan ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut berharap agar pementasan teater Tanjong menjadi satu kejayaan.

“Ayuh sama-sama kita memberikan sokongan kepada Kelab Teater ASAR serta barisan pelakon dan krew teater Tanjong di Istana Budaya kelak,” ujar Aminuddin.

Tiket boleh di dapati melalui pautan berikut:

https://www.kelabteaterasar.com.my/teater-tanjong

Tanjong

 

Show More

Related Articles

Back to top button