Aktiviti

Taufek santuni golongan kurang kemampuan

PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani telah memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa individu yang kurang berkemampuan.

Mohamad Taufek berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka membeli barangan keperluan.

“Golongan kurang berkemampuan sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang mereka alami,” kata Mohamad Taufek.

Sumbangan tersebut diberikan ketika Sesi Bersama Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Paroi.

Show More

Related Articles

Back to top button