Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Aktiviti

Teater Moyang Salleh angkat sejarah Negeri Sembilan

SEREMBAN: Teater Moyang Salleh yang bakal dipentaskan pada 23 September ini bakal menaikkan sejarah Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Moyang Salleh merupakan tokoh yang memerdekakan Jelebu daripada jajahan takluk Johor satu ketika dahulu.

“Teater ini dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Negeri Sembilan dan Badan Kebajikan Ahsan.

“Ia juga akan dipentaskan di Auditorium Raja Melewar, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan.

“Besarlah harapan saya agar, pementasan teater ini dapat berjalan dengan baik dan seterusnya mengetengahkan kisah Moyang Salleh, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian sewaktu perjumpaan bersama Persatuan Karyawan Negeri Sembilan dan Badan Kebajikan Ahsan.

Show More

Related Articles

Back to top button