Menarik

20 pelajar orang asli cemerlang SPM terima hadiah wang tunai dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah memberi hadiah wang tunai kepada 20 orang pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Musliadi berkata, beliau telah menyerahkan sumbangan ini dari rumah ke rumah bagi menyantuni mereka.

“Selain wang tunai, penghargaan dan surat penerangan mengenai bantuan kewangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri juga diberikan.

“Sumbangan ini bertujuan menghargai penat lelah mereka sepanjang menuntut ilmu.

“Semoga mereka semua berjaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburi selepas ini,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button