BeritaMenarik

Hasil kutipan Kerajaan Negeri Sembilan cecah RM541 juta

SEREMBAN: Prestasi pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Sembilan adalah amat menggalakkan apabila telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM541.42 juta berbanding anggaran RM450 juta bagi tahun 2023.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, prestasi ini juga telah mengubah belanjawan defisit RM108.96 juta kepada surplus RM4.93 juta.

“Susulan daripada kutipan surplus ini, rizab Negeri bagi Akaun Hasil Disatukan kini berada pada tahap yang amat baik iaitu sebanyak RM410.48 juta,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian di Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button