Berita

Ziarah Kasih Tampin santuni keluarga miskin tegar

TAMPIN: Program Ziarah Kasih anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin diadakan bagi menyantuni dan mendalami permasalahan yang dihadapi masyarakat kampung.

Sebanyak lima buah keluarga di kawasan Mukim Repah dan empat buah keluarga di kawasan Mukim Gemencheh yang terdiri daripada peserta e-kasih iaitu kelompok miskin tegar telah menerima sumbangan kewangan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Tampin sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penyerahan sumbangan tunai tersebut telah disempurnakan oleh ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam dan ADUN Gemencheh, YB Suhaimizan Bizar.

Turut bersama Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Raja Alias, Encik Mohd Saidiee Salleh; Penghulu Kanan Mukim Repah, Encik Mohd Azzian Basin, Penghulu Mukim Gemencheh, Encik Muhamad Shafiq bin Sidek; Pengerusi JPKK Kampung Tampin Tengah, Encik Syed Khalid Syed Zin; Pengerusi JPKK Kampung Repah, Encik Zaharudin Johan; Pengerusi JPKK Kampung Felda Bukit Rokan, Encik Mohd Nizam Abd Rahman; Pengerusi dan Imam Masjid Felda Bukit Rokan.

Show More

Related Articles

Back to top button