BeritaMenarik

Tuanku zahir kegembiraan Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menzahirkan rasa gembira apabila Negeri Sembilan berjaya mencapai sifar miskin tegar pada penghujung tahun lalu.

“Beta difahamkan pencapaian ini melibatkan 3,530 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh Negeri Sembilan.

“Pencapaian ini amat membanggakan dan perlu dikekalkan bagi memastikan tiada lagi miskin tegar di negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa fokus dan memberi penekanan dalam menyediakan persekitaran kehidupan yang selesa dan kondusif kepada rakyat,” titah Tuanku.

Baginda bertitah demikian di Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button