Berita

Aminuddin terima kunjungan hormat Jabatan Komunikasi Komuniti

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Dato’ Dr.Mohammad Agus Yusoff di kediaman rasmi beliau.

Aminuddin berkata, pertemuan tersebut memberi peluang membincanngkan peranan JKOM dalam komunikasi komuniti.

“Dalam masa sama, mengenal pasti isu-isu rakyat setempat.

“Terima kasih kepada Dato’ Dr.Mohammad Agus Yusoff dan delegasi atas kunjungan yang bermanfaat ini.

“Semoga semua yang dibincangkan dapat direalisasikan dan memberi manfaat kepada rakyat, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Shamsul Akmal Abd Aziz; Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Encik Cik Kazidi Mohd Zainuddin; Pegawai Khas, Encik Isham Ismail; Pegawai Khas, Encik Umran Zahini Abd Rahman dan Penolong Pegawai Penerangan, Encik Ahmad Shahranie Ahmad Fauzi.

Show More

Related Articles

Back to top button