Berita
241 pelajar sekolah terima sumbangan kewangan daripada Ismail
LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah memberikan sumbangan kewangan kepada 241 pelajar sekolah di sekitar DUN Labu.
Ismail berkata, sumbangan ini bagi membantu meringankan beban ibu bapa bagi membeli barangan keperluan sekolah anak-anak mereka.
“Bantuan ini akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan setiap penduduk kampung di seluruh DUN Labu menerima bantuan ini.
“Serahan bantuan diberikan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Labu,” kata Ismail.