Berita

Aminuddin terima kunjungan hormat Majlis Pengetua Sekolah Agama

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, banyak perkara dan pandangan yang dibincangkan ketika perjumpaan tersebut.

“Saya menerima pandangan dan cadangan yang dibentangkan demi memastikan manfaat terbaik buat guru dan juga murid yang berada di SABK.

“Semoga apa yang dibincangkan dapat direalisasi serta mampu mengembangkan potensi murid-murid di semua SABK secara holistik berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dalam kunjungan tersebut,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button