Berita

Aminuddin ucap tahniah kepada ahli kabinet baru

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah kepada ahli kabinet yang telah dilantik.

Aminuddin berkata, pelantikan tersebut merupakan amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik.

“Dalam keadaan negara yang mempunya masalah ekonomi, kos sara hidup dan bekalan makanan ini, saya berharap agar mereka bekerja keras untuk mengatasi segala permasalahan ini,” kata Aminuddin yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Majlis Penyelarahan Komplek JHEAINS Kuala Pilah.

Show More

Related Articles

Back to top button