BeritaProgram

Aminuddin umum bantuan RM1,000 untuk mangsa banjir

Peruntukan RM4 juta disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sebanyak 3,000 keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir di Negeri Sembilan akan menerima bantuan kewangan segera RM1,000 daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan RM1,000 akan diserahkan kepada setiap ketua keluarga terjejas banjir.

“Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM3,000,000 untuk bantuan kewangan mangsa banjir.

“Bantuan RM1,000 akan disalurkan kepada mangsa banjir seberapa yang segera selepas mendapat laporan pengesahan (senarai mangsa banjir) daripada Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing.

“Sebanyak RM1,000,000 pula telah dibelanjakan untuk membaiki infrastruktur yang rosak seperti jalan yang terputus (rosak) akibat banjir,” kata Aminuddin dalam Sidang Media Khas di Kediaman Menteri Besar sebentar tadi.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri juga akan membina semula kediaman yang rosak teruk akibat banjir.

Show More

Related Articles

Back to top button