Berita

Aminuddin umum bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, pemberian BKK sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah bagi meringankan beban kewangan anggota perkhidmatan awam di bawah Kerajaan Negeri.

“BKK setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM6.0 juta untuk 4,050 penjawat awam.

“Pemberian BKK ini diharap akan meningkatkan lagi motivasi penjawat awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Sembilan.

“Selain itu ia juga bagi merancakkan ekonomi Negeri Sembilan selaras dengan tema Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022, ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’,” jelas Aminuddin.

Pemberian BKK ini turut dipanjangkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan Badan Berkanun Negeri, Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button