BeritaProgram

Aminuddin umum lot rumah untuk Generasi Kedua Felda

Projek perintis tawar 100 lot rumah kepada anak peneroka

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bakal menawarkan lot tanah kepada anak peneroka bagi membolehkan mereka membina rumah sendiri di tanah rancangan Felda.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, rizab tanah Kerajaan Negeri di kawasan Felda akan dipecahkan lot untuk diberikan kepada Generasi Kedua dan Ketiga Felda yang tidak memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan Negeri telah mengenal pasti 14.3 ekar tanah rizab Kerajaan Negeri di Felda Palong 12.

“Projek perintis ini akan menawarkan 100 lot rumah bagi Generasi Kedua dan Ketiga Felda.

“Setiap lot rumah berkeluasan 4,000 kaki persegi.

“Kerajaan Negeri menawarkan lot tanah dan terpulang kepada pemohon yang layak membina rumah mengikut kemampuan masing-masing,” jelas Aminuddin di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.

Aminuddin berkata, proses pecah tanah lot akan dijalankan secepat mungkin agar proses penawaran dan permohonan boleh dilaksana seberapa yang segera.

“Kita juga akan memperluaskan inisiatif tawaran lot rumah kepada anak peneroka, di tanah rancangan Felda yang lain di seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button