Berita

Ampangan dimajukan dalam masa singkat: Rafie

AMPANGAN: DUN Ampangan telah dimajukan dalam tempoh singkat Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir Negeri Sembilan semenjak 9 Mei 2018.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, dasar perjuangan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) adalah untuk menegakkan keadilan dan membawa kemajuan kepada rakyat dan negara.

“Sejajar dengan prinsip ini, KeADILan menolak rasuah dan salahguna kuasa. Fokus kita adalah untuk kesejahteraan rakyat dan membawa negara dan rakyat negara ini ke mercu kemajuan.

“Di atas dasar ini jua, pembangunan di DUN Ampangan jelas terlakar dengan usaha pembinaan projek yang akan memberi kemudahan kepada rakyat seperti Pasar Baru Ampangan, Kompleks Komuniti Ampangan, Dataran Ampangan dan jejantas yang akan menghubungi Bangunan UTC dan Benteng Ampangan.

“Kemudahan ini akan memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Ampangan dan Negeri Sembilan amnya,” ujar Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button