Berita

Kerajaan Negeri berhasrat lahirkan graduan berkredibiliti serta berkebolehan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat mahu melahirkan graduan yang mempunyai kredibiliti serta berkebolehan untuk bersaing dalam pasaran kerja dan lapangan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perkara ini boleh diterapkan melalui pelbagai aktiviti kokurikulum dan kemasyarakatan.

“Oleh itu, suara mahasiswa perlu dilihat sebagai wadah kegemaran pelajar untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Dalam masa sama, kita juga tidak mahu melahirkan pelajar yang ‘excellent without soul’ yang bermaksud cemerlang daripada sudut akademik tetapi hilang roh pendidikan dan kemanusiaan.

“Selain itu, Konvensyen Mahasiswa Negeri Sembilan yang diadakan ini juga merupakan satu langkah yang baik supaya mahasiswa dapat mengemukakan masalah dan resolusi cadangan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut menambah bahawa Kerajaan Negeri juga turut memberikan bantuan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk membantu anak negeri yang menyambung pelajaran.

“Pelbagai jenis inisiatif diambil seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan seed money sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan.

“Dalam pada itu, mahasiswa yang memerlukan bantuan komputer riba juga turut diberikan mengikut spesifikasi yang mereka perlukan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button