Berita

Tempoh permohonan TUNS dilanjutkan sehingga 31 Mac

SEREMBAN: Tempoh permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022 bagi memberi peluang kepada lebih ramai usahawan mikro memohon.

Exco Usahawan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, TUNS merupakan geran bantuan bernilai sehingga RM3,000 oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk usahawan mikro mengembangkan perniagaan mereka.

“Setakat ini, TUNS telah memberi manafaat kepada 4,147 usahawan mikro di Negeri Sembilan.

“Seramai 1,046 usahawan pada tahun 2019. 2,023 usahawan (tahun 2020) dan 1,078 usahawan (tahun 2021).

“Manakala permohonan untuk TUNS Plus akan bermula pada 1 Mac dan akan ditutup pada 31 Mac 2022,” jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata, skim TUNS Plus merupakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM15,000 dengan tempoh bayaran maksima lima tahun.

TUNS Plus telah memberi manafaat kepada 213 usahawan mikro pada tahun 2021.

Kesemua permohonan perlu dibuat menerusi laman sesawang www.tuns.my

Show More

Related Articles

Back to top button