Berita
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan hantar misi bantuan banjir
SEREMBAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan telah menghantar konvoi misi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, konvoi tersebut terdiri daripada lapan buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah lori dan disertai 35 orang anggota AMK Negeri Sembilan.
“Konvoi tersebut membawa barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan barangan harian yang ditaja oleh Persatuan Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH),” kata Aminuddin yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan.