Berita

Anwar sumbang kemudahan khemah di Pusat Pemberian Vaksin Teluk Kemang

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan dua buah khemah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Teluk Kemang bagi kegunaan para petugas dan penerima vaksin semasa proses pendaftaran vaksinasi.

“Ini adalah satu inisiatif dan saya melihat perlunya khemah ini bagi menampung pertambahan penerima vaksin dari hari ke hari di PPV ini.

“Saya turut mendapati usaha kempen kesedaran vaksin makin berhasil dengan peningkatan penerima vaksin di sekitar Port Dickson.

“Semoga usaha ini dapat membantu keselesaan para petugas dan penerima vaksin di PPV Teluk Kemang,” ujar Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button