Apa itu Power House Wanita Gemilang?
SEREMBAN: Pada 12 April 2021, Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah mengadakan taklimat penerangan bermula dari segi pengenalan, sejarah PH GEM, proses permohonan sehingga proses pembayaran di Sky Ballroom Palm Mall. Sesi taklimat tersebut telah diberi oleh Ketua Penyelia PH GEM iaitu Puan B. Navamalar Balakrishnan dan Penyelia PH GEM Parlimen Seremban Puan Azizah Abd Malik.
Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga, Yb Nicole Tan Lee Koon berkata, tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi pendekatan yang lebih jelas kepada semua 36 DUN di Negeri Sembilan mengenai PH GEM. Melalui taklimat ini, mereka dapat memahami mengenai proses permohonan, kelulusan dan juga tatacara pembayaran. Bukan itu sahaja, ia dapat mengalakkan lagi ADUN kawasan, Penyelaras DUN dan NGO-NGO memohon peruntukkan program di bawah inisiatif PH GEM bagi memperluaskan hebahan PH GEM dengan sokongan ADUN kawasan dan Penyelaras DUN.
Terdapat beberapa soalan yang dikemukan oleh ADUN kawasan, Penyelaras DUN, Wakil ADUN dan NGO-NGO yang dibincangkan semasa sesi soal jawab pada penghujung taklimat. Antara soalan yang dikemukakan adalah tatacara yang tepat untuk memohon peruntukkan di bawah inisiatif Power House Wanita Gemilang, dan juga jangka masa bagi mendapatkan kelulusan. Bagi menjawab persoalan berkenaan, Ketua Penyelia PH GEM, Puan B.Navamalar telah menjelaskan tatacara yang betul dan menerangkan lebih jelas dari permulaan proses permohonan sehingga proses pembayaran.
Sesi ini telah dihadiri oleh 70 orang mengikut SOP yang telah ditetapkan. Turut hadir, Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Sembilan merangkap ADUN Sri Tanjung, YB Dato Ravi Munusamy; ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng; ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai; Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli; Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu; Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman; Penyelaras DUN Senaling, Tuan Abdul Malek Alias; Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah; Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi; Penyelaras Dun Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman; dan Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman.
“PH GEM merupakan salah satu platform untuk mencungkil bakat mereka melalui program pemerkasaan wanita.
“Dalam masa terdekat, satu lagi sesi taklimat yang hanya melibatkan MPKK di seluruh Negeri Sembilan akan diadakan supaya lebih ramai dapat manfaat dan peruntukan untuk menjalankan program,” jelas Nicole.