BeritaProgram

Apa itu TUNS EXTRA?

Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) EXTRA merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran padanan (matching-grant) berjumlah sehingga RM30,000 yang disasarkan kepada usahawan Negeri Sembilan yang mencatatkan jualan kurang daripada RM3 juta setahun.

Geran padanan ini adalah berkonsepkan tuntutan semula. Sebagai contoh, seorang usahawan ingin membeli mesin atau melaksanakan tertentu bagi meningkatkan produktiviti perniagaan mereka dengan kos keseluruhan projek bernilai RM60,000, maka usahawan tersebut boleh memohon TUNS EXTRA bagi projek tersebut.

Permohonan usahawan yang telah diluluskan perlu membayar dahulu keseluruhan kos projek yang telah dilaksanakan sebelum membuat tuntutan semula.

Bagi kos projek yang bernilai RM60,000, geran padanan yang diberikan adalah berjumlah maksimum iaitu RM30,000.

Objektif TUNS EXTRA adalah untuk melonjakkan lagi usahawan ke tahap yang lebih baik dengan memperkukuh dan mentransformasikan perniagaan usahawan melalui penyediaan dana secara geran padanan.

Ini secara tidak langsung juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan tambahan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. TUNS EXTRA ini adalah ibarat tangga ketiga dalam inisiatif pembangunan usahawan negeri selepas TUNS dan TUNS PLUS.

Show More

Related Articles

Back to top button