Menarik
Arul beri sumbangan kewangan kepada mangsa kemalangan
NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan kepada seorang pelajar sekolah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Desa, Mantin.
Arul Kumar berkata, pelajar tersebut kehilangan kaki kanan dan tangan kanan beliau patah.
“Selain sumbangan kewangan tersebut, saya akan bantu beliau untuk mendapatkan bantuan kebajikan bulanan.
“Saya menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati di jalan raya.
“Jika membawa kenderaan perlu mematuhi peraturan dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling,” kata Arul Kumar.