Berita

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri setuju tubuh Jawatankuasa Sekuriti Makanan: Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan-Kerajaan Negeri bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah.

“Perkara tersebut merupakan agenda utama dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Selasa.

“Hal ini bagi menggerakkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

“Selain itu, mesyuarat juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi bagi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di Peringkat Negeri untuk menggalakkan pihak penyedia perkhidmatan meningkatkan pelaburan penyediaan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar.

“Insya Allah, semoga semua yang dirancang dapat dilaksanakan demi kebaikan rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button