BeritaProgram

Pembaharuan dalam pembangunan institusi Islam di Negeri Sembilan

ANALISA: Pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam pembangunan institusi Islam di negeri ini.

Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sentiasa mengutamakan perkembangan dan pengukuhan Islam di kalangan umat Islam di Negeri Sembilan.

Justeru, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah melakukan banyak perubahan jika dibandingkan dengan Kerajaan Negeri sebelum ini.

JHEAINS kini lebih ke hadapan dan lebih agresif dalam memastikan agama Islam di negeri ini sentiasa seiring dengan kemajuan pada masa kini.

Daripada Bahagian Dakwah sehingga Bahagian Penyelidikan, pelbagai langkah dan perubahan telah dilakukan dan antaranya seperti berikut:

1. Pemberian kad dan sijil nikah dalam masa satu hari.

2. Program dakwah ‘door to door’ (Sasaran kelompok masyarakat yang lebih ramai).

3. Peruntukan program dakwah ‘door to door’ dijadikan buah tangan dan mengikut keperluan individu/keluarga tersebut (Contoh: barangan keperluan dapur, kerusi roda atau lampin pakai buang).

4. Elaun guru KAFA dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,050 untuk 2,097 guru KAFA (Peruntukan RM1.3 juta).

5. Elaun Guru Besar sekolah yang melaksanakan kelas KAFA diberi RM100 sebulan.

6. Elaun Bilal daripada RM200 dinaikkan kepada RM500.

7. Elaun Siak daripada RM200 dinaikkan kepada RM450.

8. Elaun Pembantu Am Wanita daripada RM150 dinaikkan kepada RM400.

9. Kenaikan elaun Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita melibatkan peruntukan RM2.84 juta yang memberi manfaat kepada 900 orang.

10. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM11.71 juta bagi membina bangunan asrama yang baru di Sekolah Maahad Ahmadi, Gemencheh serta menaik taraf fasiliti sedia ada.

11. Menaik taraf Sekolah Maahad Ahmadi menjadi asrama penuh.

12. Naik taraf fasiliti di Maahad Ahmadi seperti Smart TV dan penghawa dingin.

13. Mewujudkan Institut Quran Agama Negeri Sembilan (ITQAN) untuk tahap diploma.

14. Mewujudkan ‘fast-track SPM’ untuk pelajar tahfiz.

15. Mewujudkan ‘Virtual Islamic School’.

16. Peruntukan RM500,000 bagi membantu usahawan kecil memiliki sijil halal.

17. Mewujudkan sukarelawan masjid (SUKMAS).

18. Pendaftaran Sahabat JHEAINS meningkat kepada 180,000 orang.

19. Naik taraf bangunan Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

20. JHEAINS beroperasi di bangunan baharu di Jalan Yam Tuan yang lebih luas dan selesa.

21. Pembelian kenderaan baharu untuk tujuan operasi dan penguatkuasaan yang lebih efisyen.

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button