Berita

Arul peka keselesaaan dan kemudahan awam penduduk Mantin

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah turun padang bagi melihat beberapa kawasan perumahan di Mantin yang menghadapi masalah kerosakan infrastruktur dan kemudahan awam.

Arul Kumar berkata, beliau telah mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai perkara tersebut.

“Oleh itu, saya sendiri telah turun bagi melihat permasalahan yang diajukan.

“Aduan kepada pihak berkaitan telah saya lakukan bagi tindakan seterusnya.

“Terdapat beberapa permasalahan kecil yang saya sendiri akan selesaikan dalam masa terdekat,” kata Arul Kumar.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Joan Yong dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Muruga Periyannan.

Show More

Related Articles

Back to top button