Berita

Institusi tahfiz dan pondok disaran sertai Program Pemutihan Institusi Tahfiz

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, saran agar institusi tahfiz dan pondok sertai Program Pemutihan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Aminuddin berkata, matlamat utama Program Pemutihan ini adalah untuk mendaftarkan institusi tahfiz dan pondok dengan JHEAINS.

“Hal ini membolehkan penyelarasan bantuan dan pengurusan yang lebih efisyen.

“Institusi yang telah berdaftar akan menjalani taklimat bersama pihak JHEAINS.

“Di dalam taklimat tersebut juga akan diberi pemahaman kepada pengusaha atau pemilik tahfiz berkenaan kepentingan mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum melaksanakan sebarang kerja pembinaan.

“Semoga institusi tahfiz dan pondok yang belum berdaftar bersetuju untuk sertai program ini agar pendidikan Islam di negeri ini dapat diperkasakan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button