Berita

Pemimpin DAP jumpa ahli, fokus hadapi PRU-15

SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan telah mengadakan program perjumpaan dengan pimpinan dan wakil cawangan DAP.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Saudara Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP sedang fokus menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang mungkin boleh berlaku pada bila- bila masa sahaja.

“Kita semua perlu bersedia dan mempunyai tanggungjawab besar serta perlu bekerjasama mempertahankan dua kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN yang telah dimenangi sejak 2013 dan membantu mempertahankan beberapa kerusi yang dimenangi oleh parti komponen Pakatan Harapan untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada PRU-15,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Saudara P.Gunasekaren pula meminta ahli DAP terus memberi tumpuan dan fokus kepada peningkatan pengundi berumur 18 tahun.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua EXCO Kerajaan Negeri yang sentiasa membawa permasalahan rakyat dan cadangan kepada Kerajaan Negeri.

“Saya juga mahu Ahli Majlis menyuarakan masalah rakyat dalam mesyuarat majlis bandaraya dan majlis daerah demi kebajikan dan kepentingan rakyat,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button