Berita
Arul sumbang RM20,000 kepada SJKT Lenggeng
NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lenggeng.
Arul Kumar berkata, sumbangan yang diberikan bagi membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti pelajar.
“Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini,” kata Arul Kumar.