Berita

Kekalkan silaturahim walau berbeza padangan: NAZRI

SEREMBAN: Ketua Keadilan Cabang Seremban, Dato’ Muhammad Nazri Kassim berkata, hubungan silaturahim sepatutnya kekal walaupun terdapat perbezaan pandangan politik.

“Kita juga boleh berbeza pendapat tentang isu-isu pentadbiran dan politik.

“Walau bagaimanapun, kita tetap harus mengekalkan hubungan persahabatan dan persaudaraan.

“Perjuangan selama 25 tahun mengajar bahawa perbezaan daripada segi pandangan dan pendapat tidak perlu menjejaskan hubungan yang telah dibina selama ini,” kata Muhammad Nazri.

Muhammad Nazri berkata demikian di Majlis Suai Kenal Parti Keadilan Rakyat Cabang Seremban dan UMNO Bahagian Seremban di Seremban International Golf Club semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button