Menarik

Arul sumbang RM20,000 kepada SJKT Lorong Jawa

NILAI: Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Jawa.

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut akan digunakan bagi menaik taraf Bilik Sains sekolah.

“Sumbangan telah saya serahkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

“Semoga projek naik taraf bilik tersebut dapat membakar semangat pelajar untuk menjadi lebih gigih dan fokus dalam pelajaran,” kata Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai,

Sumbangan tersebut diserahkan di Majlis Perasmian Sambutan 125 Tahun SJKT Lorong Jawa.

Show More

Related Articles

Back to top button