Berita

BAGAN PINANG: Hari Bertemu Pelanggan setiap Rabu atau Khamis

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang Tn. Nasir Raman, membuka pintu pejabatnya untuk menerima segala aduan dan permohonan bantuan daripada penduduk DUN Bagan Pinang pada Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang.

“Hari Bertemu Pelanggan ini dibuat secara mingguan sama ada pada hari Rabu atau Khamis dari pagi hingga petang.

“Antara permasalahan yang diterima pada hari ini (Khamis) adalah berkenaan isu anak pengadu yang tidak mempunyai surat beranak, bantuan untuk urusan kesihatan pengadu dan lain-lain permasalahan.

“Kami akan usahakan untuk membantu semampu yang boleh, Insyah Allah,” kata Nasir.

 

Show More

Related Articles

Back to top button