Menarik

Rahman santuni masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli menyantuni masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Ladang Geddes.

Abd Rahman berkata, ini adalah program tahunan anjuran beliau bersama MPKK Kampung Ladang Geddes sebagai langkah mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan.

Abd Rahman juga menyerahkan sumbangan kewangan (angpau) kepada 45 orang penerima dari golongan B40.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan seterusnya membantu persediaan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 1 Feb ini.

“Program ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memupuk semangat muhibah dan mengukuhkan perpaduan antara kaum tanpa mengira ideologi politik, agama, bangsa dan budaya.

“Saya bersyukur dan gembira kerana program ini bukan sahaja dapat mendekatkan masyarakat memahami fungsi bersatu dalam masyarakat, malah mengumpul pelbagai maklumat keperluan dan harapan rakyat untuk dibawa kepada pengetahuan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,” kata Abd Rahman.

 

Show More

Related Articles

Back to top button