BAJET 2022: Belia Sejahtera (BEST)
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu iaitu Belia Sejahtera atau BEST dengan peruntukan sebanyak RM1,000,000.
“Belia merupakan tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara.
“Belia yang sejahtera adalah belia yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal, tetapi juga mantap dari sudut intelektual dan spiritual.
“Belia ini perlu dipersiapkan dengan pelbagai disiplin kepimpinan menerusi modul pembangunan sahsiah secara tersusun dan terpimpin.
“Besarlah harapan kerajaan, agar peruntukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh aanak muda agar mereka terus resilient dalam menghadapi pelbagai cabaran pasca Covid-19 ini,” ujar Aminuddin.