Berita

Salam Israk Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW cukup penting untuk memberikan gambaran dan iktibar kepada kita semua.

Hadiah terbesar, terindah dan teragung yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk Mikraj adalah perintah solat.

Solat merupakan hadiah kasih sayang Allah SWT yang bukan sahaja untuk dinikmati oleh Rasulullah SAW, bahkan seluruh umatnya.

Solat merupakan keperluan terpenting ke atas jiwa dan satu bentuk ekspresi pengabdian dan ketundukan kepada Allah SWT yang paling sempurna.

Kerajaan Negeri sangat prihatin terhadap kefahaman dan penghayatan masyarakat Islam terhadap solat.

Justeru, gerak kerja yang bersepadu, menyeluruh serta fokus harus digembleng bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan solat dalam masyarakat.

Insya Allah, penghayatan solat yang mendalam akan membentuk sikap patuh kepada hukum-hakam dan segala yang terlibat dalam syariatnya.

Salam Negeri Sembilan. Bersih, Muafakat, Sejahtera.

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,

Menteri Besar Negeri Sembilan,
ADUN Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan.

01 Mac 2022

Show More

Related Articles

Back to top button