Berita

BAJET 2022: Perkhidmatan bas percuma di Tampin dan Rembau

Peruntukan RM1 juta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memperkenalkan perkhidmatan bas percuma di daerah Tampin dan Rembau pada tahun hadapan.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif baharu ini akan dilaksanakan di daerah Tampin dan Rembau sebagai perintis dengan peruntukan RM1,000,000.

“Bagi memastikan keterhubungan antara kawasan bandar dan luar bandar, perkhidmatan bas percuma ini akan diperkenalkan dengan kerjasama MARA Liner.

“Inisiatif perkhidmatan bas percuma ini akan menjangkau tahun keempat pelaksanaannya pada tahun 2022 kelak.

“Untuk makluman, peluasan ke daerah Jempol telah dilaksanakan.

“Seterusnya, peluasan ke daerah Kuala Pilah dirancang akan dimulakan pada tahun hadapan,” kata beliau.

Aminuddin berkata, sehingga kini perkhidmatan bas percuma ini telah dimanfaatkan oleh lebih 33,000 orang pengguna.

“Sehubungan itu, sebanyak RM1,000,000 akan diperuntukkan bagi meneruskan pelaksanaan inisiatif ini dalam Belanjawan 2022,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button