Berita

Cha pertikai peruntukan RM247 juta untuk bangunan KPM

RASAH: Peruntukan RM247 juta dalam Belanjawan 2022 Kerajaan Persekutuan untuk bangunan dan pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipertikaikan oleh Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Cha berkata, sebanyak RM238 juta diperuntukkan untuk tujuan yang sama pada Belanjawan 2021.

“Pada tahun hadapan, sebanyak RM247 juta diperuntukan dan ini bermakna dalam tempoh dua tahun sebanyak RM485 juta diperuntukkan hanya untuk bangunan dan pejabat KPM.

“Teruk sangatkah bangunan dan pejabat KPM sehingga memerlukan perbelanjaan yang begitu besar yang hampir setengah bilion dalam tempoh dua tahun?

“Dengan peruntukan setengah bilion, sekurang-kurangnya 50 buah sekolah boleh dibina di seluruh negara khususnya luar bandar,” kata Cha.

Justeru, Cha meminta penjelasan daripada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr.Mohd Radzi Md Jidin dalam Sesi Perbahasan Belanjawan 2022 di Parlimen pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button