Berita

BAJET 2022: Wifi Percuma Komuniti di 100 balai raya seluruh Negeri Sembilan

RM300 ribu diperuntukkan dalam Belanjawan 2022

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan melaksanakan satu lagi inisiatif baharu iaitu Wifi Percuma Komuniti melalui pemasangan kemudahan wifi di 100 buah balai raya terpilih dengan peruntukan RM300,000.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah benar-benar mengubah medium komunikasi dan interaksi sosial rakyat.

“Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara Google Meet, kuliah agama secara Zoom, bacaan Yasin dan Al-Mathurat secara dalam talian telah menjadi kebiasaan kepada kita semua.

“Namun, adakalanya liputan dan akses internet di beberapa kawasan masih terbatas, sama ada atas faktor geografi, infrastruktur ataupun keupayaan kewangan.

“Justeru, bagi memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet yang berkualiti, Kerajaan Negeri akan menyediakan kemudahan wifi di 100 balai raya seluruh Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata sebanyak RM300,000 diperuntukkan di dalam Belanjawan 2022 bagi tujuan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button