Berita

Kerajaan Negeri Sembilan komited bangunkan pendidikan: Rafie

SEREMBAN: Walaupun tanggungjawab pembangunan pendidikan dipikul oleh Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri tetap berusaha bersama untuk membangunkan pendidikan.

Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, pelbagai tohmahan ditujukan kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang kononnya mengabaikan pendidikan.

“Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah mengambil pelbagai langkah yang jauh lebih baik berbanding di bawah kerajaan yang terdahulu di negeri ini.

“Pembangunan pendidikan harus diberi perhatian dan fokus demi kesinambungan dan peningkatan kemajuan negara ini.

“Ini kerana agenda pembangunan pendidikan amat penting untuk pembangunan negara,” kata beliau.

Mohamad Rafie  yang juga ADUN Ampangan berkata, pencapaian keputusan peperiksaan samada SPM dan lain-lain juga semakin meningkat di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ketika ini.

Kerajaan Negeri Sembilan telah dan akan melaksanakan pelbagai usaha untuk pembangunan pendidikan di Negeri Sembilan seperti berikut:

1. Biasiswa Anak Negeri (BAN),

2. Bantuan Anak Sekolah (BAS),

3. Tabung Penyelenggaraan Amanah Sekolah,

4. Bantuan kewangan kepada sekolah tahfiz, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan       Tamil dan swasta,

5. Program ‘Fast Track SPM’ untuk lepasan tahfiz,

6. Elaun Guru KAFA,

7. Bantuan kepada PIBG,

8. Bantuan komputer riba / ‘tablet’,

9. Kemudahan wifi percuma di tempat awam khususnya balai raya,

“Ini untuk meningkatkan kemudahan khususnya kepada pelajar yang menggunakan kemudahan internet secara percuma.

“Kerajaan Negeri Sembilan akan memperlengkapkan kemudahan wifi di tempat awam seperti balai raya secara berfasa bermula dengan 100 lokasi untuk tahun 2022,” jelas Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button