BeritaProgram

Bajet 2023: Negeri Sembilan umum 64 inisiatif berjumlah RM107 juta

Melunas Janji, Menggalas Harapan

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan 64 inisiatif berjumlah RM107 juta kepada rakyat Negeri Sembilan dalam Belanjawan Tahun 2023.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri memperkenalkan 22 inisiatif baharu dalam belanjawan yang bertema ‘Melunas Janji, Menggalas Harapan’.

“Sebanyak 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan serta mengekalkan dan menambah baik 42 inisiatif sedia ada.

“Sebanyak RM107 juta telah diperuntukkan bagi melaksana 64 inisiatif ini pada tahun hadapan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Seremban sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button