Berita

Negeri Sembilan lantik 23 penghulu tetap

SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah melantik 23 penghulu berstatus lantikan tetap bermula 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, 23 penghulu yang dilantik itu terdiri daripada 14 orang pegawai yang dilantik secara kontrak dan sembilan pegawai yang dilantik secara pertukaran sementara.

“Oleh hal yang demikian, sebagai penjawat awam ianya menjadi tanggungjawab para penghulu untuk patuh kepada ‘Government of the day’.

“Perbezaan fahaman politik perlu diketepikan.

“Penyampaian perkhidmatan kepada rakyat perlulah sentiasa diutamakan.

“Ini kerana penghulu adalah barisan hadapan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang merupakan penghubung antara masyarakat dengan pihak kerajaan.

“Besarlah harapan saya agar penghulu sentiasa menjadi suara kerajaan dalam penyampaian pemakluman dasar-dasar semasa kerajaan supaya segala bantuan yang dibuat sampai kepada golongan sasaran,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button