Berita

BAKIS terima sumbangan kewangan dari Aminuddin

SIKAMAT: Badan Kebajikan Islam Sikamat (BAKIS) menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), BAKIS selalu bersama beliau dalam membantu masyarakat DUN Sikamat.

“Banyak kenangan saya bersama BAKIS dan ahlinya sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

“Besarlah harapan saya agar BAKIS terus proaktif dalam membantu masyarakat di sekitar DUN Sikamat,” kata beliau.

Aminuddin turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Sumbangan tersebut diberikan ketika beliau menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BAKIS di Taman Desa Permai, Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button