Berita

Pelajar IPT terima sumbangan kewangan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada lima pelajar yang akan menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

“Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

“Tahniah kepada anak-anak yang berusaha untuk menyambung pengajian.

“Kerajaan Negeri juga akan memberikan ganjaran khas kepada anak-anak Negeri Sembilan yang cemerlang memperoleh ijazah kelas pertama,” kata Gunasekaren.

Sementara itu, Gunasekaren juga telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya bagi tujuan menjalankan program dan aktiviti di sekolah.

“Semoga sumbangan kewangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan bagi kecemerlangan akademik pelajar, guru dan sekolah,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button