Menarik
Jasa dan bakti perajurit negara perlu dikenang: Ismail
LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena 100 tahun Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di Surau Gadong Jaya.
Ismail berkata, perajurit tanah air yang banyak menabur jasa dan bakti yang akan sentiasa dikenang serta dihargai selamanya.
“Terima kasih kepada semua perajurit yang berkorban harta, masa dan nyawa demi memastikan negara kita kekal harmoni dan sejahtera.
“100 tahun penubuhan PVATM membuktikan persatuan ini cemerlang dan terbaik,” kata Ismail.
Turut hadir, Ketua Cawangan PVATM Labu, Encik Jahairudin Shukor dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik TPr.Helimy Samat.