Aktiviti

Bakri beri sumbangan ‘Raya’ kepada 40 keluarga asnaf

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah menyampaikan sumbangan ‘Raya’ kepada 40 keluarga asnaf di DUN Klawang.

Bakri berkata, beliau amat prihatin terhadap kesusahan golongan asnaf dan sangat berbesar hati dapat membantu golongan tersebut.

“Sumbangan yang diberikan merupakan barang-barang keperluan membuat kuih raya.

“Sumbangan ini juga telah diagihkan kepada 14 MPKK di dalam DUN Klawang dan dihantar ke setiap rumah yang terlibat.

“Saya juga berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka agar dapat meraikan suasana Hari Raya sama seperti orang lain,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button